- Mendaftar dengan institut memandu. Di Metro Driving Seri Kembangan, terdapat 3 cara untuk anda mendaftar:
- Datang ke pejabat kami di untuk urusan pendaftaran dan pembayaran deposit.
- Pendaftaran secara online dan kami akan menghubungi anda untuk proses seterusnya.
- Daftar dengan menghubungi kami di talian 017-2436517.
- Menghadiri Kursus Penilaian Pemandu (KPP)
- Durasi kelas ini adalah 5 jam dan diadakan pada setiap hari Selasa, Rabu, Sabtu dan Ahad.
- Anda perlu memakai pakaian kemas. Bagi lelaki, baju perlu berkolar dan memakai kasut tertutup. Calon perempuan perlu memakai pakaian sopan dan berkasut.
- Menduduki ujian teori berkomputer (Ujian bahagian 1)
- Ujian ini boleh diduduki selang 3 hari selepas anda menghadiri kelas KPP. Ujian diadakan selama 45 minit dan mempunyai 50 soalan. Markah lulus ialah 42/50. Sekiranya gagal anda perlu mengambil ujian ulangan. Anda boleh membuat latihan sebelum menduduki peperiksaan ini dengan menjawab soalan dalam buku dan CD yang diberikan.
- Sebelum menjawab ujian, anda dikehendaki membuat ujian buta warna, ujian huruf, nombor dan warna.
- Kursus Pra-L
- Tempoh kursus ialah 6 jam dan diadakan pada setiap Selasa, Rabu, Sabtu dan Ahad.
- Sekiranya anda mengambil lesen kereta dan motor, anda perlu menghadiri kedua-dua kursus pada hari yang berlainan.
- Anda akan memperolehi lesen L dalam masa 7 hari bekerja
- Belajar memandu
- Bagi pakej biasa, tempoh belajar memandu adalah 8 jam. Untuk pakej sampai lulus, tiada had jam diberikan. Jadual belajar memandu adalah fleksible. Anda perlu memberitahu kami tarikh dan masa untuk kami masukkan kedalam jadual belajar memandu.
- Ujian JPJ
- Diadakan pada hari Jumaat, 2 minggu sekali.
- Terdapat 2 bahagian ujian untuk dihadapi iaitu bahagian 2 yang merangkumi bukit, 3 penjuru dan parking dan bahagian 3 ialah ujian jalan raya.
- Sekiranya lulus, anda akan memperoleh lesen memandu P dalam masa 7 hari bekerja. Anda kini boleh memandu di jalan raya dengan memiliki lesen yang sah dan patuhilah undang-undang di jalan raya.
Tuesday, 3 December 2013
Prosedur Mengambil Lesen Memandu
Subscribe to:
Posts (Atom)